TABUNG IQDAIE MABDA
Platform untuk mengumpul dana bagi menampung pelbagai program pembangunan dan kecemerlangan pelajar batch IQDAIE MRSM Bagan Datuk (MABDA).
This campaign will end on November 30, 2025
Target Amount
RM 48,000.00
170 day(s) left
IQDAIE
IQ Intelligence Quotient (ukuran potensi dalam membuat pertimbangan)
DAIE Pendakwah (menyeru ke jalan Allah swt)
Batch IQDAIE MRSM Bagan Datuk (MABDA) merupakan batch pertama program Ulul Albab (UA) di MABDA yang telah mendaftar persekolahan mereka di MABDA pada tahun 2021. Jumlah pelajar IQDAIE yang kini berada di tingkatan 5 seramai 126 orang pelajar.
Muafakat dengan kerjasama Parents Support Group (PSG) telah merangka pelbagai program untuk pembangunan dan kecemerlangan IQDAIE bagi persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2025. Antara program yang dirangka seperti Aspirasi Kerjaya, program motivasi, persediaan IPT, lawatan ke IPT, makanan dan minuman tambahan untuk pelajar sepanjang 2025. Juga persediaan untuk majlis restu ilmu, majlis akhir tahun pelajar serta graduasi.
Setiap program ini melibatkan penggunaan dana yang agak besar. Walau bagaimaimanapun, besar harapan kami untuk merealisasikan setiap program yang telah dirangka demi melihat kecemerlangan anak-anak IQDAIE.
Muafakat dengan kerjasama Parents Support Group (PSG) sedang berusaha menambah dana untuk tujuan-tujuan tersebut melalui bayaran yuran daripada ibubapa. Dalam masa yang sama kami dalam usaha mendapatkan tajaan serta sumbangan daripada syarikat dan orang persendirian.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan tajaan anda. Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran buat anda. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan dan kecemerlangan pelajar IQDAIE MABDA.
Terima kasih untuk setiap sumbangan anda.
Please fill in all required details