Bayaran Muafakat MRSM Johor Bahru Tahun 2025 - Pelajar Bantuan MARA
Bayaran Muafakat MRSM Johor Bahru Tahun 2025 untuk Pelajar Bantuan MARA
Tarikh : 17 Januari 2025
Ibu Bapa/Penjaga Tingkatan 2,3,4 &5
Tuan/Puan
MAKLUMAN BAYARAN BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA (MUAFAKAT) CAWANGAN MRSM JOHOR BAHRU BAGI TAHUN 2025
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa MRSM Johor Bahru akan menjalankan pelbagai program kecemerlangan akademik dan sahsiah, bertujuan untuk melonjakkan lagi pencapaian anak-anak MRSM Johor Bahru ke aras yang lebih tinggi pada tahun ini. Antara program yang telah dirancang adalah Program Gerak Gemilang (PGG), Program Intervensi, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan lain-lain lagi yang akan dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2025.
Oleh yang demikian, kutipan bayaran bagi tahun 2025 untuk pelajar penerima bantuan MARA adalah sebanyak RM 100 (RM 50 Yuran Tahunan + RM 50 Dana Muafakat).
Permuafakatan antara ibu bapa dan pihak pengurusan maktab adalah tunjang bagi kelancaran pendidikan anak-anak di MRSM Johor Bahru serta segala keprihatinan dan kerjasama ibu bapa adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
Sekian,
MUHAMMAD JASFIQ BIN JASNI
Yang Dipertua MUAFAKAT
Please fill in all required details