Bayaran Muafakat MRSM Johor Bahru Tahun 2025 - Tingkatan 5
Bayaran Muafakat MRSM Johor Bahru Tahun 2025 untuk Tingkatan 5
Tarikh : 17 Januari 2025
Kepada: Ibu bapa / Penjaga Tingkatan 5 MRSM Johor Bahru
Tuan/Puan,
MAKLUMAN BAYARAN BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA (MUAFAKAT) CAWANGAN MRSM JOHOR BAHRU BAGI TAHUN 2025
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa MRSM Johor Bahru akan menjalankan pelbagai program kecemerlangan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar MRSM Johor Bahru dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pada tahun ini. Antara program yang telah dirancang ialah Program Gerak Gemilang (PGG), Program Intervensi. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar, Kem Subjek dan lain-lain lagi. Semua program tersebut akan dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2025.
Bagi merealisasikan perancangan yang telah dibuat, kutipan bayaran MUAFAKAT bagi tahun 2025 akan dibuat seperti ketetapan berikut:

Permuafakatan antara ibu bapa dan pihak maktab adalah tonggak utama bagi kelancaran pendidikan anak-anak di MRSM Johor Bahru . Kerjasama dan keprihatinan ibu bapa amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terma kasih.
Sekian.
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
MUHAMMAD JASFIQ BIN JASNI
Yang Dipertua MUAFAKAT
MRSM Johor Bahru
Please fill in all required details