YURAN MUAFAKAT MRSM LENGGONG - Tingkatan 1


Ibubapa/ Waris Tingkatan 1
Ahli Muafakat MRSM Lenggong

 

Tuan/ Puan,
 

MAKLUMAN YURAN BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA (MUAFAKAT) CAWANGAN MRSM LENGGONG TINGKATAN 1 BAGI TAHUN 2025
 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Muafakat MRSM Lenggong akan menjalankan pelbagai program kecemerlangan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar MRSM Lenggong dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah pada tahun ini. Antara program yang telah dirancang ialah Program Gerak Gemilang (PGG), Tahsin Al-Quran, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar, Kem Subjek dan lain-lain lagi. Semua program tersebut akan dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2025.

Bagi merealisasikan perancangan yang telah dibuat, kutipan bayaran MUAFAKAT bagi tahun 2025 akan dibuat seperti ketetapan berikut:


Permuafakatan antara ibu bapa dan pihak maktab adalah tonggak utama bagi kelancaran pendidikan anak-anak di MRSM Lenggong . Kerjasama dan keprihatinan warga ibubapa/ waris amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terma kasih.
 

Sekian.

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”



Mohd Zikrul Hakim bin Noor (Coachakim)
Yang Dipertua 
MUAFAKAT MRSM Lenggong

 

++++++++++++++++++++++++

Panduan Pembayaran Menggunakan MUAFAKATPAY:
 

  1. Ibu bapa/waris boleh membuat bayaran dengan mengisi No. Maktab (contoh: AC123456)
    - Nama Pelajar dan Jumlah Bayaran Muafakat akan dipaparkan. 
     
  2. . Masukkan maklumat ‘Payer details’
    - Nama Pelajar
    - Email Ibubapa/ waris 
    - No Telefon Ibubapa/ waris
     
  3. Bayaran boleh dibuat samada:
    - ‘Pay in Full’ - bayaran sekaligus
    - ‘Pay by Installment’ - secara ansuran (sehingga 5 kali bayaran)
     
  4. Seterusnya pilih Bank dan klik 'Proceed'.
    - Untuk makluman setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak RM 0.70 oleh pihak  'payment gateway'.
     
  5. Sekiranya  memerlukan sebarang bantuan, boleh hubungi wakil kami, Ustazah Mawaddah: 011-5631 5182 & Puan Laila: 012-307 6812
     
  6. Terima kasih di atas pembayaran. (Mohon simpan resit untuk rujukan pada masa akan datang.)


     Nota tambahan: 

Di bahagian 'Contribution' (PILIHAN) waris boleh membuat sumbangan sekiranya ingin melakukan sumbangan tambahan (infak) selain Bayaran Muafakat. Sumbangan ini akan digunakan untuk keperluan program kecemerlangan dan kebajikan pelajar. Sila tandakan (/) jika tidak ingin berbuat demikian.

Jumlah contribution ini akan dikongsi sama rata antara Muafakat & penyedia platform (Herepay).

Contribution yang diberikan dapat memberi nilai tambah kewangan kepada Muafakat & kelansungan platform.

Please fill in all required details


Please search Student by ID Number / No. Maktab / etc

Yuran Muafakat 2025 - Tingkatan 1

Price :

Quantity :

1

Your contribution equally fuels Muafakat MRSM Lenggong’s growth and the continuous improvement of the platform, allocated evenly between both causes. Thank you for your generosity.

RM
or


Please select a payment frequency


Total Payable Today
Total Amount

By clicking on the "Proceed" button, you hereby agree with FPX's Terms & Condition

Payment Gateway Logo