Dana CCTV
Kutipan dana untuk pemasangan CCTV di aspura dan aspuri MRSMPH
This campaign will end on December 31, 2024
Target Amount
RM 50,000.00
0 day(s) left
Assalammualaikum dan salam sejahtera Dato'/Datin/Tuan/Puan waris pelajar MRSM Pengkalan Hulu.
Untuk makluman semua, Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Pengkalan Hulu kali ke-16 yang telah berlangsung pada 27 April 2024, telah bersetuju dengan usul pemasangan CCTV di Aspura & Aspuri. Tujuan pemasangan CCTV ini adalah untuk tujuan pemantauan keselamatan, dan memudahkan siasatan jika berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini. Pemasangan CCTV ini sama sekali tidak akan mencerobohi privasi pelajar serta guru, dan ia hanya akan dipantau oleh warden yang berkenaan.
Anggaran kos sebanyak RM50,000 diperlukan adalah seperti berikut:
- 30 set CCTV
- WIFI Access Point
- Kos pemasangan
Bagi pihak Badan Muafakat MRSM Pengkalan Hulu, kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan ikhlas tuan puan semua. Semoga usaha kita ini diberkati dan dipermudahkan Allah.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan:
- YDP Muafakat MRSM Pengkalan Hulu
En Abdul Mukti 019-4587275 - Biro Kebajikan
En Amran 019-4780856
"Ya Allah, Kau rahmatilah mereka yang membantu kami ke arah mencapai matlamat ini. Permudahkan hidup mereka, berkati hidup mereka, limpahkanlah rahmat dan kasih sayang Mu kepada mereka dan seluruh ahli keluarga mereka. Jadikanlah setiap sen yang mereka sumbangkan dan mesej yang mereka forwardkan asbab mereka memperoleh pencen kubur berkekalan nanti. Ya Allah, Masukkanlah mereka ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin."
Please fill in all required details