PROGRAM JATI DIRI PELAJAR TING 2 2025
This campaign will end on July 19, 2025
Target Amount
RM 14,930.00
6 day(s) left
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah merancang untuk menganjurkan Kem Jati Diri Tingkatan 2 bagi sesi 2025 sebagai usaha awal membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Program ini bertujuan untuk memupuk rasa tanggungjawab individu dan berkumpulan, membina integriti, melatih pelajar menjadi pemimpin berwibawa, meningkatkan kemahiran komunikasi serta menyemai semangat kerja berpasukan dan pelbagai soft skills yang penting dalam kehidupan seharian.
Butiran program adalah seperti berikut:
π
Tarikh: 22β23 Julai 2025
π Tempat: D'Khalid Park β Survival Village, Batu 10, Kem Tentera, Kuantan
π₯ Peserta: 133 orang pelajar Tingkatan 2
π° Anggaran kos keseluruhan: RM14,930
π³ Kutipan sumbangan: RM113 bagi setiap pelajar
Bagi menampung kos penganjuran program ini, pihak maktab memohon sumbangan sebanyak RM113 daripada setiap pelajar. Sumbangan ini akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan pengangkutan, penginapan, makanan, aktiviti dan bahan keperluan sepanjang program berlangsung.
Sehubungan itu, pihak maktab amat mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama daripada pihak ibu bapa/penjaga demi memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Sumbangan ini amat besar ertinya dalam usaha kita membentuk generasi pelajar yang lebih berdisiplin, berdikari dan berketerampilan.
Anak-anak ini merupakan harapan dan pelaburan kita untuk masa depan yang lebih gemilang.
Semoga segala sokongan dan keprihatinan yang diberikan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih atas sokongan berterusan daripada pihak tuan/puan.

Contribution ini bermaksud tuan-puan bersetuju menyumbang 50% daripada sumbangan tambahan ini dengan platform muafakatpay. Jika tidak berniat demikian, tuan-puan boleh menekan butang βI donβt want to contribute'.
Please fill in all required details