SUMBANGAN TIKET KAPAL TERBANG PERKHEMAHAN PANDU PUTERI 2025
Makluman Kepada Ibu Bapa / Penjaga,
Dimaklumkan bahawa Program Perkhemahan Pandu Puteri akan berlangsung pada 9 hingga 14 Julai 2025 bertempat di MRSM Serting, Negeri Sembilan. Seramai 10 orang pelajar dari MRSM Semporna telah terpilih untuk menyertai program ini sebagai wakil sekolah.
Program ini bertujuan memperkasakan sahsiah, kepimpinan dan jati diri pelajar melalui aktiviti berasaskan disiplin, kerjasama dan semangat kesukarelawanan.
Sehubungan dengan itu, Badan Pemuafakatan MRSM Semporna telah bersetuju untuk melancarkan tabung sumbangan daripada ibu bapa/penjaga bagi membantu menampung kos tiket penerbangan pelajar yang terlibat.
Segala sumbangan dan sokongan yang dihulurkan amat dihargai. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan atas keprihatinan dan kerjasama pihak tuan/puan.
Please fill in all required details