Tabung Infaq Ihya' Ramadan MRSM Jeli 2025
Sempena bulan Ramadan al-Mubarak yang bakal tiba, Muafakat MRSM Jeli telah membuka Tabung Infaq Ihya' Ramadan 2025.
Assalamualaikum Dato'/Datin/Tuan/Puan/ Waris pelajar MRSM Jeli yang dihormati,
Bersempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak ini, Badan Muafakat MRSM Jeli telah melancarkan Tabung Infaq Ihya Ramadan 2025. Hasil sumbangan ini akan digunakan untuk menyediakan menu tambahan berbuka puasa/moreh, program iftar perdana anak-anak pelajar serta majlis sambutan hari raya peringkat MRSM Jeli. Hasil dari sumbangan ini juga akan diagihkan duit raya kepada pelajar yatim/miskin/asnaf yang berkelayakan. InshaaAllah.
Tabung ini akan dibuka 28/02/2025 (Jumaat) sehingga 23/03/2025 (Ahad).
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Semoga tuan/puan mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah SWT dan Semoga infaq kita ini menjadi titian kebaikan, menghapus dosa dan membawa keberkatan kepada kita semua. Amiin.
"Sedekah mana yang paling afdhal? Rasulullah SAW menjawab, 'Sedekah pada bulan Ramadan". (Riwayat at-Tamizi)
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang yang berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Sekian, terima kasih.

Please fill in all required details