SUMBANGAN IKHLAS BUAT KELUARGA ANAKANDA NUR ASMA IMANIE BINTI KHAIRI
Kutipan sumbangan ini buat keluarga anakanda Nur Asma Imanie binti Khairi yang bapanya mengalami stroke dan pendarahan otak
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ayah adik NUR ASMA IMANIE BIN KHAIRI kelas 1 SAAD iaitu EN. KHAIRI BIN OTHMAN telah terkena serangan stroke dan pendarahan otak pada Rabu minggu lepas. Sekarang beliau dibawah pantauan rapi di wad HTAR Klang.
Asma merupakan anak bongsu dari 8 adik beradik.
Bagi membantu keluarga ini, Muafakat Cawangan MRSM UA FELDA Trolak dengan ini melancarkan Tabung Prihatan Bil.5/2025 mulai 25/8/2025 sehingga 8/9/2025
Marilah kita sama-sama berdoa agar En Khairi diberi kesembuhan segera dan kesembuhan yang kekal. Semoga ahli keluarga diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini dengan sabar.
Sekian, terima kasih.
Biro Kebajikan
Muafakat MRSM UA FELDA Trolak 25/27
Please fill in all required details