SUMBANGAN IKHLAS BUAT KELUARGA ANAKANDA AMIRUL HAFIZI
Kutipan sumbangan ini buat keluarga anakanda Amirul Hafizi kerana bapanya sakit strok.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sumbangan ikhlas diperlukan buat anakanda Amirul Hafizi Bin Anuar Yusri dari Kelas 4 Salahudin, Homeroom Cikgu Nor Azlin.
Ayahnya, En Anuar Yusri telah mengalami serangan strok pada 31 Oktober 2025. Beliau telah dirawat di hospital dari 31 Oktober sehingga 3 November 2025. Sekarang menerima rawatan di rumah dan sehingga hari ini, bahagian kanan badan masih belum menunjukkan tindak balas yang positif, masih dalam proses pemulihan dan rawatan susulan di hospital.
En Anuar Yusri bekerja sebagai Technical Officer di UniKL MIMET manakala ibu Amirul, Siti Nor Sariza adalah suri rumah sepenuh masa.
Mohon kita doakan kesembuhan buat beliau. Aaaminn YRA.
Bagi membantu keluarga ini, Muafakat Cawangan MRSM UA Felda Trolak dengan ini melancarkan Tabung Prihatan Bil.7/2025 mulai 12/11/2025 sehingga 27/11/2025.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar diberi kesembuhan segera kepada ayah Amirul. Semoga ahli keluarga diberi diberi kemudahan, ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.
Sekian, terima kasih.
Biro Kebajikan
Muafakat MRSM UA FELDA Trolak 25/27
Please fill in all required details